Posts

Showing posts from November, 2018

Hajarul Aswad

Image
Hajarul Aswad  (الحجر الأسود) yang bermaksud batu hitam atau nama isteri Nabi Ibrahim A.s yang membawa maksud berkulit gelap -Hajar hitam - merupakan salah satu batu yang terdapat di penjuru Kaabah. Kalau berkaitan dengan Kaabah maka ia terletak di salah satu bucu Kaabah dimana apabila orang yang ingin mengerjakan haji ingin memulakan tawaf mereka maka mereka hendaklah memulai tawaf itu dengan membetulkan bahu kiri mereka ke arah Hajarul Aswad berpusing sebanyak tujuh kali dan akhir sekali dengan akhir di Hajarul Aswad juga. Pada awal tawaf bermula dari Hajarul Aswad dan mengakhirkannya di Hajarul Aswad juga. M encium Hajarul Aswad adalah sunnah Menurut ajaran Islam, mencium Hajarul Aswad merupakan sunnah Nabi S.A.W. semata-mata, dan ini ditegaskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab apabila sebelum beliau mencium batu itu (Hajarul Aswad), beliau berkata-kata: “Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andai aku tidak melihat Rasulullah SAW m...

Hijr Ismail

Image
Hijir Ismail  merupakan suatu kawasan lengkungan yang berbentuk separa bulatan yang terletak di Utara Kaabah. Pada asalnya kawasan ini merupakan tempat berteduh bagi Nabi Ibrahim sepanjang sesi pembinaan Kaabah dan menunaikan ibadah haji di Baitullah. Seterusnya ia menjadi kandang kambing kepunyaan Nabi Ismail. Pada waktu itu juga, kawasan itu tidak menjadi sebahagian daripada binaan Kaabah. Namun begitu, selepas pembinaan Kaabah oleh bangsa  Arab  Quraisy, ukuran panjangnya telah dikecilkan sebanyak 6 hasta 1 jengkal, sebahagian daripada Hijir Ismail telah dimasukkan sebagai kawasan Kaabah. Justeru, bagi mereka yang tiada kesempatan untuk masuk ke dalam Kaabah, memadailah bagi dirinya berada di Hijir Ismail untuk beribadat. Dingatkan bahawa seseorang itu adalah dilarang melakukan  tawaf  di Hijir Ismail kerana ia merupakan sebahagian daripada Kaabah.

Telaga Zam Zam

Image
Telaga Zamzam  (atau  Zamzam ; B. Arab:  زمزم ) ialah telaga biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram di  Makkah , hampir dengan Kaabah, tempat paling suci dalam Islam. Telaga Zamzam merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu. Umat Islam sangat mengambil berat tentang air zamzam ini untuk air wuduk dan perubatan. Tradisi Islam menerangkan bahawa telaga zam-zam ditemui oleh Siti Hajar, isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail. Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan  gurun  kering-kontang. Lantaran itu, Siti Hajar berlari anak 7 kali antara bukit  Safa  dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu. Allah menghantar malaikat Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki da...

Kaabah

Image
Binaan  Kaabah  ( الكعبة ), yang merupakan  kiblat  bagi orang  Islam  terletak di  Masjidil Haram  di  Mekah . Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sejarah Menurut tradisi Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh  Nabi Adam   (as). Selepas itu,   Nabi Ibrahim   (as) dan   Nabi Ismail   (as) membina semula Kaabah. Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: " Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci " Dinding Hatim adalah 33 kaki " Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki " Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasu...

Masjidil Haram

Image
Masjid al-Haram  atau  Masjidil Haram  atau  Masjidilharam  (Arab:  المسجد الحرام , al-Masjid al-Ḥarām), ialah  masjid  paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Masjid ini terletak di Kota  Makkah  Al-Mukarramah. Masjid al-Haram dibina mengelilingi  Kaabah , iaitu  Qiblat  umat Islam apabila mengerjakan solat. Kepentingan Masdidil Haram -Qiblat Masjidil Haram dijadikan Allah sebagai kiblat. Firman-Nya, "sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka" (2:144). Arahan supaya memalingkan muka ke arah Masjidil Haram telah disebut dua kali di situ. Ia disebut lagi sebanyak tiga kali di dalam al-Qur'an. Satu daripadanya di dalam ayat berikut, yang turut menyatakan ia ad...

Maqam Ibrahim

Image
Apa itu makam Ibrahim? Makam Ibrahim itu tempat Nabi Ibrahim dimakamkan kan? Bukan,  Maqam Ibrahim  juga dieja (Makam Ibrahim) merupakan binaan yang mengandungi batu hampar kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur  Kaabah . Ia bukanlah kuburan  Nabi Ibrahim a.s.  sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan.   Sebaliknya di dalam binaan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh  Allah  dari  Syurga  bersama-sama dengan dengan batu-batu kecil lain yang terdapat di  Hajar Aswad . Di atas batu Maqam Ibrahim ini, Nabi Ibrahim pernah berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah disamping puteranya  Nabi Ismail a.s.  memberikan bongkah-bongkah batu kepadanya. Batu Maqam Ibrahim dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan j...